Belajar • Berkembang • Bersedia

Anak belajar membaca, mengira & sains dalam BM dan English.

Ikut KSPK, sukatan prasekolah kebangsaan, jadi topiknya sama seperti di tadika. Tiada iklan, selamat untuk anak. Untuk umur 3 sampai 6 tahun.

Belum lancar lagi · sertai senarai menunggu, kami beritahu bila dah boleh dimuat turun.

atau cuba satu permainan di sini →

Selari KSPK Tiada iklan Dwibahasa BM + English Main tanpa internet Bayar sekali
Untuk mak ayah yang sibuk

Risau anak asyik tengok video, tapi tak belajar apa-apa?

Dengan BimaBear, 15 minit sehari pun dah cukup untuk anak belajar sambil main. Anak seronok, mak ayah pun tenang.

5 subjek · tengok sendiri

Inilah cara anak belajar

Skrol ke bawah, tengok setiap subjek terus dari dalam app. Contoh di sini semuanya aktiviti Tahap 3, untuk anak yang baru mula umur 3 tahun.

01

Membaca

Malay Reading

Mula dengan kenal huruf A–Z, naik ke suku kata, sampai baca ayat penuh.

02

Reading

English Phonics

Mula dengan huruf besar dan kecil, naik ke phonics, CVC blending dan sight words.

03

Matematik

Math

Mula dengan kira 1 sampai 10, naik ke tambah-tolak, ikatan nombor, wang dan nilai tempat.

04

Pengetahuan Am

General Knowledge

Mula dengan besar dan kecil, naik ke perasaan, wang, masa dan keselamatan jalan raya.

05

Sains

Science

Mula dengan haiwan dan bunyinya, naik ke lima deria, tumbuhan, cuaca dan siang malam.

Mengenal Huruf
Yang mana huruf B?
DBA
Bagus!
750+kemahiran ikut KSPK
650+aktiviti & permainan
18,000+klip suara BM & English
4peringkat umur, 3–6 tahun
Cuba percuma · tanpa muat turun

Main satu permainan huruf sekarang

Cuba terus kat sini, tak payah download apa-apa. Kalau anak suka, boleh muat turun app penuh di App Store dan Google Play.

Main sekarang
Bunyi huruf · lengkap A–Z

Setiap huruf, satu dunia

Bukan kad imbasan. Semua 26 huruf ada permainan sendiri, dan anak main sampai bunyi huruf tu melekat.

Pilih Belon HurufE
Pilih Belon Huruf

Ketuk belon huruf yang betul

Tanam Huruf GG
Tanam Huruf G

Tanam biji benih, bunga kembang

Lumba Kuda Huruf HH
Lumba Kuda Huruf H

Ketuk kuda, lumba ke garisan

Susun Aiskrim Huruf II
Susun Aiskrim Huruf I

Susun skup atas kon

Lompat Kanggaru Huruf KK
Lompat Kanggaru Huruf K

Lompat batu demi batu

Daki Gunung Huruf MM
Daki Gunung Huruf M

Ketuk batu huruf M, Bima naik

Tangkap Rama-rama Huruf NN
Tangkap Rama-rama Huruf N

Sauk dengan jaring

Kotak Harta Huruf TT
Kotak Harta Huruf T

Buka kotak harta huruf T

Gambang Huruf XX
Gambang Huruf X

Ketuk gambang, cari huruf X

Zip Huruf ZZ
Zip Huruf Z

Tarik zip, jumpa huruf Z

Ini 10 contoh je. Kesemua 26 huruf dah lengkap dalam app.

Pengetahuan Am

Topik yang membesar bersama anak

Umur 3 anak belajar kenal perasaan sendiri. Umur 6 dia dah belajar jaga alam sekitar. Subjek sama, cuma makin dalam setiap tahun.

Perasaan Saya — Umur 3
Umur 3Perasaan SayaKenal gembira, sedih, marah. Padan wajah, tiru perasaan.
Keselamatan Jalan Raya — Umur 5
Umur 5Keselamatan Jalan RayaLampu isyarat, lintasan pejalan kaki, topi keledar.
Alam Sekitar — Umur 6
Umur 6Alam SekitarJaga alam dengan pilihan kecil yang baik setiap hari.

Antara topik dalam Pengetahuan Am:

Direka khas untuk anak-anak

Kenapa anak boleh guna sendiri

Sesuai untuk anak belum pandai baca

Built for pre-readers

Butang besar dan jelas, bukan menu penuh tulisan. Anak 3 tahun pun boleh guna sendiri.

Satu suara cikgu yang sama

One teacher's voice, all the way through

Lebih 18,000 arahan dan perkataan dirakam oleh suara cikgu yang sama, dalam BM dan English. Anak dengar cikgu yang dia kenal, dari pelajaran pertama sampai yang terakhir.

Sentiasa nak balik main

Kids keep coming back

Ada bintang, streak harian dan pelekat untuk dikumpul. Habis satu pelajaran, anak mintak satu lagi.

Mudah dimulakan

Bermula dalam 3 langkah

1

Pilih umur anak

Pick your child's age

Pelajaran disusun ikut umur, dari 3 sampai 6 tahun.

2

Anak belajar sambil main

Learning through play

Ada suara, bintang, streak harian dan BimaBear yang sentiasa bagi semangat.

3

Mak ayah pantau kemajuan

Track their progress

Dapat laporan mingguan dan tengok skil yang anak dah kuasai.

Zon ibu bapa

Anda ikut setiap langkah kemajuan anak

  • Laporan terus ke telefon
    Tahu apa anak belajar setiap minggu, tanpa perlu tanya.
  • Kemajuan ikut sukatan sekolah
    Tengok kemajuan ikut KSPK, bukan setakat markah.
  • Sampai 4 profil anak
    Satu bayaran untuk semua anak, masing-masing ada laluan sendiri.
  • Dikunci dengan PIN
    Laporan dan tetapan ibu bapa hanya dibuka dengan PIN mak ayah.
Catatan pengasas

Kenapa kami bangunkan BimaBear?

Sama macam mak ayah lain, kami pun rasa serba salah setiap kali nak hulur phone atau tablet kepada anak. Kebanyakan game yang ada penuh dengan iklan yang tak sesuai, atau sekadar main tanpa belajar apa-apa.

Kami nak ubah perkara tu.

BimaBear dibina dari kosong sebagai satu ruang digital yang selamat, bebas iklan, dan direka khas supaya anak boleh belajar membaca dan mengira sambil berseronok.

BimaBear dibina di Malaysia, untuk anak-anak Malaysia, dengan bahasa dan topik yang mereka kenal. Sebab itulah pendapat jujur daripada mak ayah sangat bernilai. Ia yang membantu kami perbaiki BimaBear sebelum pelancaran rasmi.

Pengasas BimaBearKayyRith Solutions

Tak nak tunggu? Cuba satu permainan sekarang →

Kami tak letak testimoni rekaan di sini. Bila keluarga sebenar dah guna BimaBear, komen mereka yang akan ada.

Harga

Bayar sekali. Guna selamanya.

Bukan langganan. Tiada pembaharuan automatik, tiada caj bulanan. Satu bayaran untuk semua anak dalam keluarga.

Bayar sekali · Akses penuh

Seumur Hidup

RM49.90 sekali bayar
  • Pelajaran tanpa had
  • Semua pek lembaran kerja
  • Sehingga 4 profil anak
  • Bayar sekali, tiada pembaharuan
  • Untuk semua anak dalam keluarga
  • Kandungan baharu, percuma selamanya

Bila app dah keluar, muat turun percuma dulu. Cuba beberapa aktiviti sehari tanpa bayar, dan buka semuanya dengan satu bayaran bila anda dah yakin.

Soalan lazim

Perkara yang ibu bapa selalu tanya

Bila BimaBear boleh dimuat turun?

Kami di peringkat akhir sebelum hantar ke App Store dan Google Play. Sementara tunggu, demo percuma di laman ini dah boleh dicuba, dan komen anda membantu kami siapkan yang sepatutnya.

BimaBear selamat untuk anak?

Selamat. Tiada iklan, tiada sembang dengan orang lain, dan bahagian ibu bapa dikunci dengan PIN.

Perlu internet ke?

Perlu masa nak muat turun dan update. Lepas tu, pelajaran boleh main macam biasa.

Kena bayar bulanan ke?

Tak. Bayar sekali je, terus jadi milik anda. Tiada langganan, tiada pembaharuan automatik, tiada apa nak dibatalkan.

Sesuai untuk umur berapa?

Umur 3 sampai 6 tahun. Kandungan dibahagi ikut empat peringkat umur, jadi sentiasa kena dengan tahap anak.

Satu bayaran boleh guna untuk berapa anak?

Sampai 4 profil anak dengan satu pembelian. Cukup untuk satu keluarga.

BimaBear akan datang ke App Store & Google Play

Tinggalkan e-mel anda, kami beritahu hari app ni keluar. Sementara tu, demo percuma dah boleh dicuba.

Cuba satu permainan sekarang →